Wednesday, 17 April 2013

Pet R Us

Assalamualaikum...

Hari ni kerja dengan hati yang sayu..tak tahu apa dalam kepala ni..memang betul2 takde mood langsung..Terlalu pk kan kitten yang kat rumah..terasa sebak sangat bila tengok dia..Nak menangis pun air mata dah tak nak keluar dah..Bila tengok kitten sawan,rasa macam dalam mimpi ngeri..tak sanggup nak hadap..Semalam hantar dia pergi klinik Pet R Us kat mentakab..Doc xDe..yang ada cuma pembantu dia je..Keadaan kitten akU kalau hantar klinik masa sawan 2 3 kali mula2 2 mungkin boleh ubat..Tapi sekarang kitten aku dah macam tak tentu arah,tak reti nak imbang badan dia dah..Pergi klinik semalam dia bagi ubat untuk elak dia dari sawan..Tapi pagi tadi before pegi keje,dia jadi lagi sawan..YA ALLAH,tak sanggup dah nak tengok dia sengsara macam tu dah...

Pembantu Doc tu suruh aku buat appointment dengan Doc tu 2 hari lagi..So,aku kena amek cuti keje lagi..Takpelah untuk kitten aku..Aku akan cuba buat apa yang boleh untuk selamatkan dia..Tapi kalau takdir dah tertulis tempoh hayat dia tak lama aku redha..

Monday, 15 April 2013

Eby..



Hai semua..

Hari ni hari paling rushing aku..Bila aku bangun tido,dah siap2 dah nak pergi keje,si eby(kitten) aku macam ada sawan..mula jadi kelmarin..tapi sekali je..Tapi,hari ni saja da 4,5 kali jadi macam tu..so aku decide kol tokey aku cakap nak masuk lewat,ada hal emergency..Aku bawak eby pegi klinik vet kerajan..Dia cakap eby ni ada cacing..takkan lah cacing sampai jadi sawan macam tu..buih2 mulut dia..Misi tu bagi ubat cacing yg jenis tablet,bukan air..padahal eby umur xsmpai lagi 2 bulan..Ingat lepas pergi vet dia dah ok..sampai uma je,jadi lagi sawan..aku ni pulak dah lewat 1jam stgh nak pergi keje..
Nasib la ada kawan sorang ni bagi no klinik vet swasta dekat mentakab..Pagi2 lagi aku kol,tanye klinik bukak pukul berapa and boleh ke rawat kitten aku yang sawan ni..Misi tu jawab elok je,dia cakap klinik dia sediakan semua rawatan untuk kucing..aku plan nak pergi jumaat nanti..tapi keadaan eby tu macam dah teruk..lemah je badan dia..esok jugak kena bawak pergi klinik mentakab..harap2 eby sembuh dari penyakit sawan tu..aku sayang sgt eby ni..sebab dia special......Nanti esok aku dah anta eby g vet,aku update lagi sal dia..



Monday, 8 April 2013

Nothing


Kenapa lah hari ni bosan,mengantuk,letih...semua lengkap..dah macam malas sangat nak pegi keje ari ni,.,tapi nak tak nak terpaksa lah paksa mata ni bagi bukak luas2..kang buat mata kuyu si tokey ni tegur pula...Mungkin sebab cuaca mendung,tu yang buat jadi mengantuk lebih ni..dah lama berpanas kat sini..alhamdulillah dah hujan..sejuk bumi..

Tuesday, 2 April 2013

11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu


Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.


Pokok Beringin


















Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.


Pokok Sukun


                                       









Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


Pokok Ara

















Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


Pokok Kekabu


Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


Pokok Ciku


Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.


Pokok Saga


Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat
hantu.



Pokok Asam Jawa


Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


Pokok Pisang


Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


Pokok Buluh














Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh makhluk halus.



Pokok Nangka


Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.


Pokok Bacang


Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.


Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.

p/s : sekadar berkongsi ye..tayah percaya sangat kot..hehe

Monday, 1 April 2013

Cinta Mengikut Bulan Lahir


Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
---------------------------------------- --------------------------
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
---------------------------------------- ------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
---------------------------------------- -------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
---------------------------------------- ------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
---------------------------------------- ------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
---------------------------------------- ----
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
---------------------------------------- ---------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
---------------------------------------- ----------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
---------------------------------------- --------------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
---------------------------------------- ------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------- ------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Suka mempengaruhi pasangan


p/s : yang d highlight 2..bulan lahir aku dan si dia...hehe

31/03/13


Ini pulak nak cerita tentang majlis pertunangan sepupu aku..sebelum ni tak pernah lagi hantar rombongan meminang..so,aku ni kira dari rombongan lelaki datang ke rumah perempuan untuk memetik bunga katanya..tak sangka pulak aku,rumah bakal tunang dia adalah rumah yang aku selalu tengok bila nak pergi temerloh..besar,kaya,memang cantik sesangat..kawasan rumah dia kat 'Buntut PuLau'..Ok bagi yang tak pernah dengar nama ni memang macam lawak sikit..tapi buntut pulau ni memang ada and terletak kat satu daerah di pahang...kat kawasan tu,memang rumah dia je paling besar sekali..Dah bertahun2 lalu kat jalan tu last2 dapat jugak masuk dalam rumah besar 2...majlis nya ringkas dan unik...

Ini pak sedara aku yng pkai songkok 2..
dia tak payah wakil2 dah..dia sendiri yg brdepan
dengan wakil belah perempuan..
Ni pelamin,..ringkas kan..
Cube tengok kat cermin atas 2..
tak payah guna banner dah...hehe
Ini aku la..mama pun
nak jugak interprame kt blkg 2..hehe
ni lah sepupu aku..ami namenye..

Tahniah diba dan ami..

Mandi2 Manda2

Haii..

Bila sampai sana,yelaa time cuti kan,dengan ramai orang nye kete pulak kena park jauh2..tapi takpe semangat tengok air..Ktorang pakai baju untuk mandi dari uma,sebab bila sampai je boleh terjun dalam air terus..tapi cabbana yang ktorang nak da full pun..so korang kalau nak pergi gambang datang awal2 boleh sewa cabbana..

So,bagi mama yang tak mandi kat sana,die terpaksa lah duduk kat tempat duduk yg disediakan,pastu tengok anak2 dia mandi..xpe mama,nanti kita pergi pulak ye..hehe..Layan lah gambar2 ni ye...